Thursday, August 6, 2009

Filem Kita.





Filem adalah salah satu medium penghantar yang dipancar daripada masyarakat, bukannya filem yang memancarkan masadepan remaja.

Pengarah mengutip cerita masyarakat, contohnya masalah sosial seperti mat rempit, rogol, samun, khalwat dan lain-lain.

Semangat dan jiwa remaja tidak kukuh, ilmu yang diperoleh tidak cukup untuk menghantar mereka ke dalam kehidupan. Remaja juga dilihat tidak pandai menilai kehidupan.

Masyarakat zaman dahulu tahu menghargai dan mengguna apa sahaja yang mereka dapat dalam kehidupan sebagai penghantar dalam kehidupan.

Asas pendidikan tidak berasal dari masyarakat kita, tetapi ilmu yang kita ada sekarang adalah ilmu pinjaman dari barat dan pandangan barat kerana tiada ilmu Melayu yang sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu. Sebab itu wujudnya kelompok yang menyedari kepentingan perjuangan bangsa dan bahasa Melayu.

Sasaran pihak masayarakat politik tidak jelas kerana mereka berjuang untuk parti politik dan kepentingan peribadi. Pucuk pimpinan politik itu adalah amat penting kerana jika bumbung perjuangan itu kuat maka yang lain-lainnya juga akan turut menjadi kuat.

Jiwa kita tidak pernah kukuh.

Ilmu yang kita dapat daripada universiti hanyalah secubit sahaja kerana ilmu yang kita ada tidak sama dengan apa yang kita jalani dalam kehidupan. Terdapat juga masalah kurang penyelidikan akademik ataupun penyelidikan akademik yang dijalankan pihak universiti yang tidak serius dan tidak cukup mutunya.

Remaja adalah ‘pelapis’ negara. Perkataan pelapis itu sendiri merupakan istilah politik yang dimomokkan kepada masyarakat. Hakikatnya peluang menjadi pelapis itu sebenarnya tidak diberikan kerana ahli politik mengamalkan system pemerintahan warisan di amna jika institusi raja ia dipanggil sebagai system monarki iaitu memilih ahli keluarga menjadi pewaris. Hakikatnya tiada peluang bagi remaja sebenarnya.

Antara punca kegilaan sosial remaja juga berpunca daripada kegilaan teknologi.
Waktu untuk melepak, bersantai, berhibur dan berseronok sudah terlalu banyak.

Filem-filem di Malaysia juga kebanyakannya dibuat untuk tujuan duit bukan tujuan pendidikan. Target utama pembuat filem juga adalah untuk masayarakat mentaliti rendah seperti masyarakat felda, kampung-kampung dan masayarakat luar bandar yang terlibat dengan banyalkes jenayah seperti penagihan dadah, rempit, samseng dan lain-lain.

Masalah pengamal filem yang mengambil, memanipulasikan, mengubah skrip yang bermutu dengan tujuan keuntungan. Skrip-skrip bermutu hanya dikehendaki apabila tiba musim musimnya seperti Hari Merdeka, bulan Ramadhan, Hari Raya.

Bagaimana mahu mengubah dilema masayarakat Melayu sekarang? Jawapannya ubahlah sistem politik sekarang.

Fenomena kehancuran remaja sebenarnya datang dalam bentuk berperingkat. Dadah datang, kemudian rempit, kemudian bohsia, kemudian hal-hal kelucahan, kemudian rogol dan lain-lain yang bakal datang.

Selain daripada itu, kehadiran pendatang asing juga menyebabkan banyak kemasukan gejala sosial yang tidak baik. Namun siapa yang bertanggungjawab membawa kemasukan pendatang-pendatang asing?

Media yang paling kuat menyebarkan mesej adalah media fotografi kerana manusia lebih banyak memahami kehidupan melalui penglihatan yang kemudian dibantu melalui pendengaran dan pembacaan.

Filem juga merupakan satu medium fotografi berputar yang unik kerana ia bergerak, bersuara dan bercakap namun ia terbatas dengan kiraan durasi waktu.

RTM dilihat satu-satunya stesen TV yang berjuang mempertahankan nilai baik untuk tontonan masyarakat namun telah mula mengikut sikap mengejar populariti dan keuntungan sepertimana yang diamalkan oleh stesen TV swasta danTV berbayar.

Dahulu, RTM pernah menyiarkan slot “Drama Minggu Ini” dan “Potret Pekerti” di mana ia adalah drama yang mengajak remaja ke arah kebaikan tetapi slot ini tidak berjaya dimajukan.

Teori komunikasi di universiti tidak mempunyai asas kajian dan method yang betul, respondan yang salah dan sering berlingkar di persekitaran kampus sahaja. Data yang dikumpulkan tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana data mesti datang dari pelbagai jenis dan kelompok sasaran.

Nilai-nilai integriti mesti dimajukan ke dalam jiwa masyarakat Melayu.

3 comments:

~LaDy NuHa~ said...

ko nih, tekejut beruk aku buakak page ko. dah lah aku tak sihat ko lak g letak gamba ko yg paling ensem tu jd main pic. hahahhaha. uwaaa neme aku kne quaranteen
hampeh tul dah lah aku baru stat blaja. weh ko cbe bace en3 aku, pastu ko cube jawab klo anak buah ko ke adik ko ke kaum kerabat ko ke yg tanye.

lagi satu. en3 be4 ko psl diperkosa depan 2 adik, actually tu yg doeng tulis, skrang mmg tngh hot psl tu, tak kire umur die rob n rape. sngt2lah risau. ko jage diri k, hikhikhikhik.

~LaDy NuHa~ said...

hahahhaa, bnyklah ko aku penah pkai. hahhahah. weh selamat berpuasa.

INDRA QIRANA said...

filem kita wajah kita...bekerja sebagai apa eh..wartawan ker?

telah