
Saya tidak sokong konsep 1 Malaysia secara peribadi.
Sepatutnya dikaji dengan sangat teliti.
Bukan membabi buta menangkan hati rakyat yang majmuk.
Takut nanti bangsa sendiri tertindas menyorok di bawah gerobok.
Puisi Permintaan Dari Hati.
Ayuh segera!
panggil semua gerombolan cendiakawan
yang dibuktikan melalui darjat dan gelaran
cepat berkumpul di ujana kebijaksanaan
bersihkan dan buka semula muzium fakta
kaji semua dokumen dan gulungan sejarah
bentangkan keseluruhan hujah
bagi membuktikan kenyataan kebenaran
di sebalik kata-kata perjanjian.
Pada masa dahulu
kampung ini sekelian ketahui
tiada elektrik mahupun air saliran
tiada kudrat terkebelakang akademik
yang ada hanyalah pokok dan semak
yang berakar rempah ratus
berdaun impian dan cita-cita
tertanam harapan masadepan bangsa.
Tanpa disedari kampung yang tiada nama
diintai para penjajah musibah
datang merentas laut dari hujung peta
tiba membawa armada berbaju besi
menyerang menggunakan meriam dan senapang
sedangkan kita menghunus keris dan parang
mudah dipatahkan sekejap dikalahkan
terampas kasar kebanggaan keperwiraan
ditinggalkan timbunan strategi kejahatan
di dalam lapisan kisah yang dirancangkan
tersorok di dalam lakonan perdamaian.
Nasib bangsa berterusan diaibkan
agenda musuh setiap hari dibongkarkan
kenapa tidak mahu mengambil tindakan
risaukan diri dihujani ancaman
impian pemimpin semalam dipersetankan
khilaf bergelendangan merata-rata
itukan sebenarnya tanda kebaculan
fantasi kehancuran menghampiri kenyataan.
Ayuh segera sekalian saudara!
insaf dari ketamakan dan pengkhianatan
setiap otak ada fikrah bercabang bayangan
yang berisi ilmu berpasakkan iman
amat penting sebagai asas segala tindakan
lukisan bukan sekadar cat berwarna
arca bukan sekadar ukiran estetika
masadepan bukan perjudian dan gelak tawa.
Usah diperbodoh mengikut pelan musuh
tukar boneka kepada tangan yang mengawal
agungkan prinsip majukan bangsa sendiri
selagi ada kuasa yang sedang dicuri.
FIRDHAUS HASRAF HASSAN

14 comments:
Konsep satu malaysia sudah lama ada. Ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara. Frasa "Satu Malaysia" itu sekadar satu repackage terhadap apa yang telah lama kita praktikkan. Langsung tidak sama dengan Malaysian Malaysia yang dicanangkan oleh DAP. InsyaAllah saya akan menulis berkaitan konsep ini di blog tidak lama lagi.
Salam Puisi.
bnyk bnyk blog, 1Malaysia jugak yg belum tengok, sama da malas, takde masaa n nnt nntlah tngk. tak best ke? skarng tngh bnyk assignment jd tak boleh nk merayau dr blog ke blog sngt sbb nnt mulalh ralit mengodek. tq tuk bday wish
Panjang lebar nampak kali ini...........Huhuhu.........Tidak hadirpun di seminar Arena Wati?
bagus semangat nih :D !
d next A.Samad Sais kah? ade potensi nih . sekali dengan d,rimba. :-) bangga dengar
Amat sama pemikiran kita dan terlalu rapat sajak ini dengan alam yang amat saya cintai..............
m..adapun komen/pendpt/cdgan sy,,takkan pnh sesiapa pun ambil peduli abg..so..no comment..just wish u luck..
d`rimba & firdaus.....ade rezeki and jodoh dapatlah agaknye jumpa korang ya. dan bila bende tu jadi, satu rezeki buat nuha. korang ni antara one in a million :-)
firdaus= owh mengejek nuha ya, selipa lain sbelah. waduh, bnyk bnde dlm kepala agaknye, tapi ok ape, sekurang2nye ade jugak entertainment utk hari tu. hehehheheheh
this is tu nuha ya, tu blog mase kne wat assignment dulu. abaikan. :_P
amboiiiii jual kasut boonga yeea? hehehhe, dah siap smue assih=gnment.
adik SZ, apa2 yang terbaik untuk diri kita, mari usahakan~ (^,^)
D Rimba, jauhnya saya untuk menjadi pejuang bahasa, ada jiwa yang berlainan tapi tetap ada persamaan dalam perjalanan kita, ehe~ (^,^)
Nuha, marilah buat perniagaan sama2, mana tahu berhasil, hehe~ (^,^)
owhhhhhh, awk hidung berdarah yaaaaa? kn sy dh ckp, kale iman tak kuat jng bace. hahhahahahaha. ni tngh perasan lagi nih, bile lah agaknye nk baik. hehehhehehehe
peace no war
http://jakalll.blogspot.com/
yo bro...alamat kartunis jackall..tapi jgn lupa lawat aku nyer blog gak selalu eh
oitttt, lama snyap. eh assalamualaikummmmmmm. ade owang kat umah tak?
Post a Comment