Sunday, November 9, 2008

Bubus Si Kecil.Dari terbit kermizisehingga terbenam suriaanai-anai merobek kayujatidiri dimamah dalam senyaplalu lantai budaya rapuhtiang peradaban retakdinding nusa pecahsebuah negeri bangsa dalam bahaya.Anai-anai kecilbertali arus berdusta di hadapan matafitrahnya haiwan pekerjatanpa sedar merosak hartatapi kita biarkan sahajakerana dalam singkat fikrahia cuma makhluk keciltiada kudrat menawan asatiada daya meragut nyawa.Senja yang jinggadi bebayang garis barattersenyum seekor pemaisurimenyaksi sebuah citra kehidupanterkubur disebalik runtuhanakibat kalimat biarkan sahajadan sikap tidak apa.

FIRDHAUS HASRAF HASSAN
SEKSYEN 13, SHAH ALAM

ekspresi diri dalam visual




Muda.
Cinta yang bagaimana lagi
Yang akan hadir
Merosakkan hari-hari bahagia
yang pernah tersenyum di jiwa.

Resah dan tabah
Silih berganti
Dalam kabur hati
Aku lepaskan segala impian di hujung diam.

Tidak akan aku terima
Ungkapan maaf atau cita-cita
Untuk sesiapa pun.

Aku halang diri dari segala rasa
Kerana akhirnya nanti
Aku yang tewas lagi.

Seperti manusia yang lain
Rasa dikhianati dan dibohongi
Amat perit untuk diluahkan
Selain diam
Aku teruskan senyuman palsu
Menghadapi waktu
Berganti hari-hari.

Tidak akan ada lagi
Cinta sebenar selain masa yang lain
Untuk benar-benar aku bahagia.

Firdhaus 15.7.2002
Diari 2 Uitm Perak.

telah